Semakin naik semester semakin banyak dugaan , hurm.mampu sabar jaaa... Yesss nak jadi nurse orang cakap kena kuat , ini baru dalam latihan bila dah kerja nanti lagilah tanggungjawab tu banyak . Kalau nangis and hilang sabar tu memang kekadang xdapat nak tahan . Semester 5 untuk sem ni , yaRabbi semester yang paling busy buat aku , semester yang paling sedih dan paling sakit buat setakat ni . Research , kerja , management , latihan sukan Ilkkm and aktiviti kolej dah cukup untuk buat diri ni lembik sekali dengan hati lembik macam tisu. Tugas sebagai mpp , ketua klinikal , ketua kik hanya Allah ja tau betapa susahnya aku nak handle semua ni sebab pertama aku ni muda aka adik2 bagi yang lain, kekadang rasa macam tak layak nak bagi sebarang arahan , yelah kau tu siapa sangat lah anis. 2 minggu bagi semester ni ditempatkan di wad PSY lelaki dan perempuan. Yes tempat ni lah satunya tempat untuk aku luang masa dan bebaskan fikiran negatif . Sampai tahap aku rasa lagi aman bahagia tinggal dalam wad 1 aka sel bermangga dan bergrill kemas dari tinggal di kolej yang tah apa2 , serabut . Banyak yang aku belajar dari pesakit mental , kekadang aku fikir dalam banyak2 pesakit dalam wad ni, mesti ada yang bukan betul2 gila tapi ditempatkan kat sini jugak sampai aku dengar cerita sorang pakcik ni , pakcik Z , dia sangat ok , baik sangat2 , tapi dimasukkan sebab nak blasah adik ipar dia yg kurang ajar ,katanya ada parang bawah katil , so dari kesimpulan yamg aku dapat benda biasa kot letak parang bawah katil , yelah pakcik kerja kampung kot , and pasar belasah tu dah kurang ajar sangat sapa tak marah and geram kan, kalau aku pon bengang. Pakcik ni cerita sampai nangis2 , masa time tu aku rasa yaAllah kesian sangat , aku mampu cakap sabar pakcik , takpe Allah maha mengetahui . Nasib masing2 kan , kadang fikir aku ni macam takda life tapi aku lupa yang ramai lagi yang merenung nasib dan masa depan sendiri yang tah apa akan jadi nanti.
Posted at 2:50 AM | 0 comments




